Wednesday, October 13, 2010

Bengkak Kaki

Picture from Google.

Hari ni masuk minggu ke 33 kehamilan. Di sini aku nak kongsikan sikit info tentang kehamilan. Aku start dengan masalah kaki bengkak.

Aku mula dapat bengkak kaki masa masuk minggu ke 28 kehamilan. Waktu tu aku baru balik raya dari kampung. Seminggu aku kat rumah, aku mengemas rumah, mencuci bilik air, kemaskan dapur, cuci baju & barang baby (handwash) dan macam-macam lagi. Then ada hari aku masak untuk adik-beradik dan tetamu yang datang. Semuanya memerlukan aku berdiri dan berjalan ke sana-sini.

Aku cuak bila kaki bengkak. Mak aku kata itu perkara biasa bila mengandung. Mak aku pesan letakkan bantal di kaki semasa tidur. Kat ofis, kena letakkan kotak kat bawah meja supaya kaki lebih tinggi, tidak tergantung.

Kaki bengkak aku kejap surut, kejap bengkak semula. Aku mula perasan yang kaki aku akan bengkak teruk kalau banyak berjalan. Jadi aku kurangkan aktiviti berjalan-jalan di shopping mall waktu hujung minggu.

Yang peliknya kaki aku yang selalu bengkak teruk cuma yang sebelah kanan je. Kiri kadang bengkak tapi sikit je. Doktor kata sebab baby berada agak ke kanan dalam perut. Jadi, bengkak tu lebih ke bahagian kanan. Aku perasan jugak bila kaki bengkak, tangan kanan aku akan jadi kebas. Doktor kata itu good sign sebenarnya. Bila kaki bengkak, tangan kebas, bermakna kadar hormon dalam badan aku adalah tinggi.

Dari pembacaan aku, kaki jadi bengkak sebab perut yang besar ni dah bagi tekanan pada pengaliran darah dari bawah badan. So air akan berkumpul kat kaki dan menyebabkan kaki bengkak. Atau dipanggil juga sebagai water retention.

Jangan risau, masalah ini cuma sementara sahaja. Biasanya akan berlaku pada third trimester (minggu ke 28 hingga ke 40). Selepas bersalin nanti insyaAllah masalah ini akan hilang dengan sendiri.

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Raya 2010

Selamat Hari Raya !
Walaupun hari ni dah masuk tanggal 27 Syawal, tapi masih masih Syawal lagi kan? hehehe.

Sehari sebelum raya, aku balik kampung suami. Hari raya kedua baru gerak ke kampung aku. Pagi raya keempat balik KL semula sebab suami aku cuma dapat cuti separuh hari je. Walaupun tahun ini pertama kali beraya dengan suami dan berjauhan dari keluarga sendiri, tapi aku tak rasa kekok pun. Semuanya ok je.

Tahun depan insyaAllah beraya bertiga pulak. :)

Tuesday, August 24, 2010

Dunia Vs Akhirat

Luaran nampak seperti ustaz. Tapi hatinya, Tuhan saja yang tahu. Aku memang langsung tak faham dengan kewujudan manusia yang sebegitu.

Ya, dia memang sangat punctual soal masa solat. Sebelum masuk waktu dah bergegas ke surau. Alhamdulillah.

Tapi kenapa hatinya busuk?
Kenapa dia selalu buruk sangka dengan staf?
Kenapa dia tak pernah percaya dengan staf?
Kenapa dia tak pernah cuba untuk melihat kebaikan staf tetapi hanya melihat keburukan saja?

Setiap kali ada staf yang salah, dia akan panggil untuk sesi 'kaunseling'. Dia akan marahkan staf itu dan melontarkan hujah² yang islamik. Dia akan sebut tentang ganjaran dan balasan di akhirat.

Tapi kenapa dia tak cuba perbetulkan diri dia sendiri?
Macamana boleh dia mengejar akhirat kalau amalan dan hubungan dengan manusia di dunia ditinggalkan?
Bukankah hubungan sesama manusia di dunia ni juga diambil kira semasa akhirat nanti?
Bukankah sepatutnya perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat?

Dia bukan sahaja buruk sangka pada staf sendiri tetapi juga pada sekecil² manusia yang dipanggil cleaner. Ya, dia menuduh cleaner itu pemalas dan tak buat kerja. Bila diberitahu yang cleaner tersebut prefer buat kerja hari Sabtu waktu tiada sesiapa di pejabat, pun dia masih tetap tuduh cleaner tu curi tulang. Ya Allah, kenapa lah ada manusia sebegini.

Aku tak tahu macamana cara untuk mengajar dan menegur manusia sebegini. Sepatutnya dia lebih arif dari aku. Ya Allah Ya Tuhanku, kau bukakanlah pintu hatinya supaya berbaik-baik sesama manusia dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Amin.


Thursday, August 19, 2010

Puasa Pertama

Hari ni dah masuk hari kesembilan berpuasa. Alhamdulillah, so far puasa aku masih penuh lagi. Masih mampu berpuasa walaupun berbadan dua. Baby pun so far ok je. Cuma tak boleh tahan bila petang² dia 'main bola' dalam perut. Menendang² dikala perutku tengah berkeroncong.

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa sebagai isteri. So bermula la rutin bangun awal pagi untuk masak sahur. Masa bujang dulu, aku bangun minum air masak kat tepi katil, pastu sambung tido. Awal-awal tu memang tak biasa lagi. Sampai ofis kepala pening, pastu rasa mengantuk yang teramat. Tengahari mesti nak kena landing kat bilik solat. Tak dapat tido pun takpe, as long as dapat baring. Lega sangat rasa. Tapi sekarang dah takde mengantuk sangat. Cuma mood malas kerja tu tetap ada.

Weekend dan hari cuti jela aku dapat memasak untuk berbuka. Hari kerja memang tak sempat nak masak. Sampai rumah dah pukul 6.45 - 7. Kadang sempat jugakla masak nasi. Lauk dan kuih beli je. Then bancuh air cincau-setiap-hari-tanpa-gagal. Air feveret suami tersayang di bulan ramadhan. So layan jela. Aku ok je.

Hari ni tak tau nak berbuka apa. Suami aku MC. Selsema dan dah tiga hari diarrhea. Kesian dia. Kalau sempat memang nak masak. Kalau tak.. memang beli jela.

Wednesday, July 21, 2010

Hari Yang Menggembirakan

Isnin lepas aku EL. Sakit pinggang sebab Ahad tu aku mengemas dapur dengan suami dari tengahari sampai ke petang. Cuci dinding, alih barang², kemas dan buang barang yang tak perlu.

Pagi Isnin tu aku bangun, masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Campak baju kotor dalam mesin basuh. Lepas tu aku gosok baju untuk suami tercinta. Selepas dia keluar rumah, aku jemur kain.

Aku online sekejap, check email ofis, forward and reply email, buat keje ofis sikit - lebih kurang sejam lebih gak, lepas tu baru check facebook dan browse blog masak². Aku makan jap lepas tu gosok seluar dan baju kerja suami sambil tengok tv.

Lepas zohor baru aku vakum lantai dan kemas rumah. Siap semua, aku surfing jap carik idea nak masak untuk petang. Dah ada idea, terus list barang² nak beli kat kedai. Balik dari kedai terus je siapkan bahan-bahan nak masak. Potong bawang, potong sayur, perap ayam dan blablabla.

Petang tu aku masak ikan bawal masak pedas, ayam goreng berempah dengan sayur kubis masak lemak. Lama jugakla aku masak lauk tu semua sebab tungku dapur tinggal satu je. Satu lagi baru je buang sebab dah hitam berkarat. By the time suami aku balik, aku dah siap masak semua. Aku happy sangat dia tengok dia makan banyak. Malam, aku sambung lagi gosok baju suami.

Hari tu aku rasa sangat-sangat happy. Kalau boleh aku nak duduk rumah, jadi surirumah. Aku dah bosan dengan kerja aku sekarang. Bosan melayan user, bosan melayan bos. Bosan.. bosan.. bosan. Aku bertambah benci dengan kerja sejak aku dapat migrain. Sebab aku stress bekerja, aku dapat migrain. Impaknya, aku kena pantang coklat, teh, kopi dan milo. Memang amat membencikan!




Sunday, June 27, 2010

Semperit Pujaan Hati


3 minggu lepas.
Tetiba je aku rasa nak makan semperit.
Teringat semperit yang teramat sangat.

Semalam.
Aku dah boleh menyanyi riang sebab dah dapat makan semperit.
Hai la semperit.
Kau tetap jadik biskut pujaan hati aku.

Monday, June 14, 2010

Rezeki

Alhamdulillah rezeki. Jumaat lepas husband dapat offer keje kat tempat baru.

Dia:
Keje baru. Tempat keje baru. Environment baru. Gaji baru.

Aku:
Akan selalu kena tinggal sesorang. (-_-)