Wednesday, October 13, 2010

Bengkak Kaki

Picture from Google.

Hari ni masuk minggu ke 33 kehamilan. Di sini aku nak kongsikan sikit info tentang kehamilan. Aku start dengan masalah kaki bengkak.

Aku mula dapat bengkak kaki masa masuk minggu ke 28 kehamilan. Waktu tu aku baru balik raya dari kampung. Seminggu aku kat rumah, aku mengemas rumah, mencuci bilik air, kemaskan dapur, cuci baju & barang baby (handwash) dan macam-macam lagi. Then ada hari aku masak untuk adik-beradik dan tetamu yang datang. Semuanya memerlukan aku berdiri dan berjalan ke sana-sini.

Aku cuak bila kaki bengkak. Mak aku kata itu perkara biasa bila mengandung. Mak aku pesan letakkan bantal di kaki semasa tidur. Kat ofis, kena letakkan kotak kat bawah meja supaya kaki lebih tinggi, tidak tergantung.

Kaki bengkak aku kejap surut, kejap bengkak semula. Aku mula perasan yang kaki aku akan bengkak teruk kalau banyak berjalan. Jadi aku kurangkan aktiviti berjalan-jalan di shopping mall waktu hujung minggu.

Yang peliknya kaki aku yang selalu bengkak teruk cuma yang sebelah kanan je. Kiri kadang bengkak tapi sikit je. Doktor kata sebab baby berada agak ke kanan dalam perut. Jadi, bengkak tu lebih ke bahagian kanan. Aku perasan jugak bila kaki bengkak, tangan kanan aku akan jadi kebas. Doktor kata itu good sign sebenarnya. Bila kaki bengkak, tangan kebas, bermakna kadar hormon dalam badan aku adalah tinggi.

Dari pembacaan aku, kaki jadi bengkak sebab perut yang besar ni dah bagi tekanan pada pengaliran darah dari bawah badan. So air akan berkumpul kat kaki dan menyebabkan kaki bengkak. Atau dipanggil juga sebagai water retention.

Jangan risau, masalah ini cuma sementara sahaja. Biasanya akan berlaku pada third trimester (minggu ke 28 hingga ke 40). Selepas bersalin nanti insyaAllah masalah ini akan hilang dengan sendiri.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete