Tuesday, August 24, 2010

Dunia Vs Akhirat

Luaran nampak seperti ustaz. Tapi hatinya, Tuhan saja yang tahu. Aku memang langsung tak faham dengan kewujudan manusia yang sebegitu.

Ya, dia memang sangat punctual soal masa solat. Sebelum masuk waktu dah bergegas ke surau. Alhamdulillah.

Tapi kenapa hatinya busuk?
Kenapa dia selalu buruk sangka dengan staf?
Kenapa dia tak pernah percaya dengan staf?
Kenapa dia tak pernah cuba untuk melihat kebaikan staf tetapi hanya melihat keburukan saja?

Setiap kali ada staf yang salah, dia akan panggil untuk sesi 'kaunseling'. Dia akan marahkan staf itu dan melontarkan hujah² yang islamik. Dia akan sebut tentang ganjaran dan balasan di akhirat.

Tapi kenapa dia tak cuba perbetulkan diri dia sendiri?
Macamana boleh dia mengejar akhirat kalau amalan dan hubungan dengan manusia di dunia ditinggalkan?
Bukankah hubungan sesama manusia di dunia ni juga diambil kira semasa akhirat nanti?
Bukankah sepatutnya perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat?

Dia bukan sahaja buruk sangka pada staf sendiri tetapi juga pada sekecil² manusia yang dipanggil cleaner. Ya, dia menuduh cleaner itu pemalas dan tak buat kerja. Bila diberitahu yang cleaner tersebut prefer buat kerja hari Sabtu waktu tiada sesiapa di pejabat, pun dia masih tetap tuduh cleaner tu curi tulang. Ya Allah, kenapa lah ada manusia sebegini.

Aku tak tahu macamana cara untuk mengajar dan menegur manusia sebegini. Sepatutnya dia lebih arif dari aku. Ya Allah Ya Tuhanku, kau bukakanlah pintu hatinya supaya berbaik-baik sesama manusia dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Amin.


Thursday, August 19, 2010

Puasa Pertama

Hari ni dah masuk hari kesembilan berpuasa. Alhamdulillah, so far puasa aku masih penuh lagi. Masih mampu berpuasa walaupun berbadan dua. Baby pun so far ok je. Cuma tak boleh tahan bila petang² dia 'main bola' dalam perut. Menendang² dikala perutku tengah berkeroncong.

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa sebagai isteri. So bermula la rutin bangun awal pagi untuk masak sahur. Masa bujang dulu, aku bangun minum air masak kat tepi katil, pastu sambung tido. Awal-awal tu memang tak biasa lagi. Sampai ofis kepala pening, pastu rasa mengantuk yang teramat. Tengahari mesti nak kena landing kat bilik solat. Tak dapat tido pun takpe, as long as dapat baring. Lega sangat rasa. Tapi sekarang dah takde mengantuk sangat. Cuma mood malas kerja tu tetap ada.

Weekend dan hari cuti jela aku dapat memasak untuk berbuka. Hari kerja memang tak sempat nak masak. Sampai rumah dah pukul 6.45 - 7. Kadang sempat jugakla masak nasi. Lauk dan kuih beli je. Then bancuh air cincau-setiap-hari-tanpa-gagal. Air feveret suami tersayang di bulan ramadhan. So layan jela. Aku ok je.

Hari ni tak tau nak berbuka apa. Suami aku MC. Selsema dan dah tiga hari diarrhea. Kesian dia. Kalau sempat memang nak masak. Kalau tak.. memang beli jela.