Wednesday, July 21, 2010

Hari Yang Menggembirakan

Isnin lepas aku EL. Sakit pinggang sebab Ahad tu aku mengemas dapur dengan suami dari tengahari sampai ke petang. Cuci dinding, alih barang², kemas dan buang barang yang tak perlu.

Pagi Isnin tu aku bangun, masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Campak baju kotor dalam mesin basuh. Lepas tu aku gosok baju untuk suami tercinta. Selepas dia keluar rumah, aku jemur kain.

Aku online sekejap, check email ofis, forward and reply email, buat keje ofis sikit - lebih kurang sejam lebih gak, lepas tu baru check facebook dan browse blog masak². Aku makan jap lepas tu gosok seluar dan baju kerja suami sambil tengok tv.

Lepas zohor baru aku vakum lantai dan kemas rumah. Siap semua, aku surfing jap carik idea nak masak untuk petang. Dah ada idea, terus list barang² nak beli kat kedai. Balik dari kedai terus je siapkan bahan-bahan nak masak. Potong bawang, potong sayur, perap ayam dan blablabla.

Petang tu aku masak ikan bawal masak pedas, ayam goreng berempah dengan sayur kubis masak lemak. Lama jugakla aku masak lauk tu semua sebab tungku dapur tinggal satu je. Satu lagi baru je buang sebab dah hitam berkarat. By the time suami aku balik, aku dah siap masak semua. Aku happy sangat dia tengok dia makan banyak. Malam, aku sambung lagi gosok baju suami.

Hari tu aku rasa sangat-sangat happy. Kalau boleh aku nak duduk rumah, jadi surirumah. Aku dah bosan dengan kerja aku sekarang. Bosan melayan user, bosan melayan bos. Bosan.. bosan.. bosan. Aku bertambah benci dengan kerja sejak aku dapat migrain. Sebab aku stress bekerja, aku dapat migrain. Impaknya, aku kena pantang coklat, teh, kopi dan milo. Memang amat membencikan!