Tuesday, August 24, 2010

Dunia Vs Akhirat

Luaran nampak seperti ustaz. Tapi hatinya, Tuhan saja yang tahu. Aku memang langsung tak faham dengan kewujudan manusia yang sebegitu.

Ya, dia memang sangat punctual soal masa solat. Sebelum masuk waktu dah bergegas ke surau. Alhamdulillah.

Tapi kenapa hatinya busuk?
Kenapa dia selalu buruk sangka dengan staf?
Kenapa dia tak pernah percaya dengan staf?
Kenapa dia tak pernah cuba untuk melihat kebaikan staf tetapi hanya melihat keburukan saja?

Setiap kali ada staf yang salah, dia akan panggil untuk sesi 'kaunseling'. Dia akan marahkan staf itu dan melontarkan hujah² yang islamik. Dia akan sebut tentang ganjaran dan balasan di akhirat.

Tapi kenapa dia tak cuba perbetulkan diri dia sendiri?
Macamana boleh dia mengejar akhirat kalau amalan dan hubungan dengan manusia di dunia ditinggalkan?
Bukankah hubungan sesama manusia di dunia ni juga diambil kira semasa akhirat nanti?
Bukankah sepatutnya perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat?

Dia bukan sahaja buruk sangka pada staf sendiri tetapi juga pada sekecil² manusia yang dipanggil cleaner. Ya, dia menuduh cleaner itu pemalas dan tak buat kerja. Bila diberitahu yang cleaner tersebut prefer buat kerja hari Sabtu waktu tiada sesiapa di pejabat, pun dia masih tetap tuduh cleaner tu curi tulang. Ya Allah, kenapa lah ada manusia sebegini.

Aku tak tahu macamana cara untuk mengajar dan menegur manusia sebegini. Sepatutnya dia lebih arif dari aku. Ya Allah Ya Tuhanku, kau bukakanlah pintu hatinya supaya berbaik-baik sesama manusia dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Amin.


No comments:

Post a Comment