Wednesday, July 21, 2010

Hari Yang Menggembirakan

Isnin lepas aku EL. Sakit pinggang sebab Ahad tu aku mengemas dapur dengan suami dari tengahari sampai ke petang. Cuci dinding, alih barang², kemas dan buang barang yang tak perlu.

Pagi Isnin tu aku bangun, masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Campak baju kotor dalam mesin basuh. Lepas tu aku gosok baju untuk suami tercinta. Selepas dia keluar rumah, aku jemur kain.

Aku online sekejap, check email ofis, forward and reply email, buat keje ofis sikit - lebih kurang sejam lebih gak, lepas tu baru check facebook dan browse blog masak². Aku makan jap lepas tu gosok seluar dan baju kerja suami sambil tengok tv.

Lepas zohor baru aku vakum lantai dan kemas rumah. Siap semua, aku surfing jap carik idea nak masak untuk petang. Dah ada idea, terus list barang² nak beli kat kedai. Balik dari kedai terus je siapkan bahan-bahan nak masak. Potong bawang, potong sayur, perap ayam dan blablabla.

Petang tu aku masak ikan bawal masak pedas, ayam goreng berempah dengan sayur kubis masak lemak. Lama jugakla aku masak lauk tu semua sebab tungku dapur tinggal satu je. Satu lagi baru je buang sebab dah hitam berkarat. By the time suami aku balik, aku dah siap masak semua. Aku happy sangat dia tengok dia makan banyak. Malam, aku sambung lagi gosok baju suami.

Hari tu aku rasa sangat-sangat happy. Kalau boleh aku nak duduk rumah, jadi surirumah. Aku dah bosan dengan kerja aku sekarang. Bosan melayan user, bosan melayan bos. Bosan.. bosan.. bosan. Aku bertambah benci dengan kerja sejak aku dapat migrain. Sebab aku stress bekerja, aku dapat migrain. Impaknya, aku kena pantang coklat, teh, kopi dan milo. Memang amat membencikan!




4 comments:

  1. weh ko migrain ker?
    camne ko dpt detect migrain ek?
    aku kadang2 sakit kepala gak... takut gak aku

    ReplyDelete
  2. Peng, festime kena aritu, kepala aku yang belah kiri sakit sangat². pegang pun sakit. even aku nk sikat rambut, letak sikat kat kepala pun rasa sakit. sikat tu rasa mcm tukul besi atas kepala. lepas tu mata aku mcm blur. padehal time tu, xsampai sebulan aku tukar lens spec.

    lepas tu dah makin kerap sakit kepala belah kiri. pegi klinik doktor kata migrain. sbb ms tu aku mmg stress sgt dengan keje. keje yg dulu 3 org buat, tetiba aku kena buat sorang. mane la tak stress.

    then bila doktor suruh pantang makan & minum tu semua, alhamdulillah dah jarang sakit kepala.

    maybe ko boleh google tanda² migrain yang lain. sbb migrain yg teruk, ada yang sampai muntah² & cirit-birit.

    ReplyDelete
  3. susah cikin kalo dah kene migrain
    mesti sakit giler kan
    sbb kawan opis ni sorang migrain
    kalo dah kene, mmg xleh nk wat pe
    tido jerrr...
    papepon take care...jgn stress keje :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah my, so far migrain aku xteruk sgt.
    belum sampai tahap yg rs nak hantuk kepala kat dinding tu.

    ReplyDelete